Monday, February 24, 2014

bad mood

bad mood dah ni..
baru je feel cam ada suami..
tiba2 esok dia dah kena outstation lagi..
kali ni ke kota tinggi johor..
sampai 4hb plak tu..
kalau boleh ukur tahap kestressan aku ni dgn air yg mendidih..
dah 4 kali mendidih ni..maybe dah kering kontang dlm cerek agaknya..
mungkin jugak cerek tu pun dah mencair jadi besi balik.
seperti aku masak air dulu tapi lupa..
kesian cerek tu.. 
mengerekok atas dapur dgn muncungnya dah terkulai jatuh kebawah..
lepas tu aku terus buang dlm tong sampah besar..
maka habislah riwayat 'aku sebijik cerek'

duhai c.dah..
senyumlah..
sabar lah..





Sunday, February 23, 2014

mulut tempayang

semalam c.li p  jumpa kawan dia..
( mlm ni pon tak dak jugak sebenarnya..)
tiba2 rasa gatal tgn plak nak jadi minah kepoh skit.. skit jaaa..
 sbb cerita dia menarik.
sebenarnya kan sejak kawen dgn polis ni..
ghupanya mmg wujud situasi cam dlm cerita csi, hawaii five-o

kawan2  skuad cli byk yg masuk cawangan yg bahaya2
c.li je la pancaragam.. pot pet pot pet dok tiup saxsafon cam kasim selamat.
tak apa le janji keselamatan terjamin..hehhehe.

yg dia p jumpa semalam aku pernah jumpa.
masa tu  c.li  bawak aku p mcd kat city plaza.
tapi masa nak masuk pintu city plaza tu dia terus menuju kat seorg manusia. 
yg mana  bagi aku, aku akan larikan dirilah.. 
rambut panjang, muka berlumuih cam tiga pat tahun tak mandi, 
bawak beg plastik buruk penuh dgn kain buruk.
aku tunggu je lah sbb cli amik duit seringgit n p kat dia, 
tapi cli sembang lama jugak. 
lepas tu c.li mai dia tak kata apa-apa pun.
 n kami terus masuk mcd makan.. aku pon tak kata apa sbb ingat dia p sedekah.

mlm tu dlm pukul 2.00 pg c.li kejut aku. katanya nak p jumpa kawan.
mmg aku akan ikut dulu sbb takut dok kat rumah sorang2..
masa ni anak2 tak dak lagi.
kami p amik kawan dia. kat belakang hospital lama.
masuk je kawan dia tu..
"eh, eh, ni rasa cam peminta sedekah tadi" ( kata hati ku-versi drama ariana rose )

. tapi yg ni dia dah bersih sikit.
p mamak. n masa makan sembang2.. gelak2.
mamat ni gigi depan pun tak dakdlm 3 batang gak.
mmg gelihati betul..lagi pun mamat ni cakap mcm gian je..
merapu  lebih..

abis sembang kami hantar balik dia kat belakang hospital.
lepas je dia turun mmg aku gelak la kat c.li berkawan dgn org ntah apa-apa..
sbb dia ni suma kaut.. tak kira sapa pon boleh jadi kawan dia.

c.li : gelak la gelak...silap cakap depan dia nga kita2 masuk lokap.
aku: awaq?.. sapa tadi tu.
c.li : perisik bkit aman, mak dia sendiri pon tak tau dia kat mana la..berapa taun dah tak balik.

lepas tu cli cerita dia ni masa jadi pengemis ni ic pon tak dak..
makan arap minta sedekah ja...pernah kena tahan kat jab.kebajikan.
 tido lokap tu selalu.
aku cam pelik jugak. abis gaji dia p kemana. takkan tak dak anak binik.
 kalau ada anak binik pun kena tinggal la. dah tugas,

tak sanggup aku.. biar cli letak jawatan tak pa kalu dia jadi camtu.
silap2 aribulan org ingat aku beranak tanpa suami.
ooo naya beb jika aku difitnah sebegitu.

ghupa2nya depa ada tempoh.. tapi makan masa gak la..
begitu jgak yg menyamar jadi mat pit. depa mmg kena guna jugak benda tu.
baru real cam mat pit. ada yg sampai tahap ketagih pon ada..
takut aku dgr..

la kawan c.li yg jadi pengemis tu dah kawen,
elok jee pakai gigi palsu. segak plak dah aku tengok dulu masa p rumah dia.
la dia perisik lg tapi bahagian komunikasi.
semlm c.li p jumpa dia. turun dr keel . ada kes katanya
kes apa tanya c.li, dia pon tak tau.

ok la sessi mulut tempayan ..
nanti  mulut tempayan korek rahsia lagi ye...













nilai duit ari ini...

wahhh..best tul sapa dpt brim..
kecoh seluruh malaya cakap brim,brim,.  
aku isi gak.. saje nak cuba nasib taun ni.. bawah 4,000.00
kalu ikut c.li dia kata tak yah isi laaa.... biar dpt kat org yg betul2 layak je..
hoihhh! .. aku ni kira layak la..gaji ciput ja.
ko tak pe..elaun lagi.. p function dpt duit saguhati lagi.

tadi aku p cek takdak pon....habaq kat c.li dia gelak jaa..
jika dpt.. aku amik jgn bagi c.li..
semlm aku buat loan dgn dia, buat permohonan 50 hinggit..
tapi pagi tadi lulus 30 jaa.
.isi minyak kereta 20 inggit  10 hinggit lg b.fast n lunch. baki tinggal 1.70.

haishhh... dulukan kalau dpt 30  mmg rasa cam cukup sebulan.
la tak rasa apa dah..
ni sat lagi nak buat loan lain.. 
ingat nak isi form boh seratus.. untung2 dpt 50 pon jadi laa...
bismillahirahmanirrahim...











Saturday, February 22, 2014

terbolah or clumsy

 dulukan bila adik beradik kata aku ni clumsy atau ' terbolah',  aku marah, or terasa hati.
biasa lah jiwa muda yg sentiasa nak sentap jaa...
 mak bagi nasihat sikit merajuk.. n mula lah cari jln macam mana nak lari dari rumah.
 mula pikir nak kemas baju dua tiga helai, plan nak lalu jln mana yg paling dekat.. 
pilih waktu mlm2 masa gelap gulita dan suma org tengah tido.. 
tengah  dok best2 buat rancangan jahat.. 
plupp!  tiba2 pikir kalau jumpa hantu camner,, dan ke nak lari..

 last2 cancel dgn ayat tu je..nasib la mak aku selalu takut2 aku dgn hantu masa kecik2 dulu..
n hasilnya sampai sekarang aku jadi manusia penakut dgn hantu.
kesian aku.. tapi utk anak2 aku tak guna cara mak aku. sbb aku tau aku  yg susah balik.
ye la kan,  tgh syok2 tido anak kejut nak kencing  atau nak berak mlm2.
kena tiga org,  baik aku letak kerusi kat pintu jamban tu terus.


tapi
 sekarang ni aku dah lali dah jika ada org kata aku clumsy.
sebab mmg betul  pun sebenarnya....
ari tu (lama dah la ).. masa nak tutup pintu almari boleh terkepit jari kelingking.
bab masa tgh jln tersadung kaki sendiri tu manjang je kena. 
kalu tak clumsy masakan aku boleh jatuh kat stesen bas shahab.
masa tu  mmg malu sampai meloncat masuk toilet.
kulit muka rasa cam kulit kuda dah...

aku cerita ni sbb 
 kebetulan masa nak masuk bilik tadi utk berfoya2 kat dunia maya.
boleh plak kaki tersadung kat bucu katil...rasa jln mcm biasa. tak seret kaki pon..
katil tu pon cam tu je.. tapi boleh tersepak.. bengong sungguh..
ni jari kaki tgh sakit.... sakit gila punya gila.
rasa cam dah bengkak nih...nak marah kaki mmg tak guna la kan..
nak marah diri sendiri rasa cam malu jugak..
taip ni sambil tgn bau minyak urut.. mintak2 la tak patah.

sakit ni... nak anjer2 laki plak p merayap jumpa kawan dia dr keel. 
dulu kawan dia pernah jadi pengemis kat alor star ni..
tapi aku rasa ni pon mesti ada kes,
sbb kalau si polan ni turun alor star mmg ada kes berat.
sorry tercerita plak.. oppss... 




Thursday, February 20, 2014

imbas kenangan lama.. entry yg pjg.

perasaan dah tersangat lega sekarang. cam nyesal jugak sebab p tengok pada awalnya. ni geng taman la dok cerita. arian rose,, ariana rose...pukul 7 je geng2 surirumah dah menyepi sepikan dalam rumah.. tercangak-cangak aku kat luar sambil siram pokok sambil kerling p mana abis geng2 lepak petang2 ni.. kalu tak kan main pon pangpong pan dok anyam ketupat.
akhirnya  aku terjebak  daaaa.....sebab tgk fathia berlakon.
lepas tu beli novel.. nahhh langsung tengok sampai last episod.

yg masalah utama, cerita tu di tayang tak kena dgn masa aku,masa org lain aku tak tau..
tapi takkan nak marah tv3.. depa buka kira suma tu yg depa tau rating tinggi ja..
so kita yg kena adjust masa kita..kelam kabut ok..
mmg  boleh tgk lain kat tonton.com
tapi line tenet aku setakat rm60 sebulan..
jadi nak arap dia laju cam kilat.. arap je la sampai kesudah..
la dah byk2 lega. boleh lah aku idup cam org normal balik.

lepas ni ghamai la anak-anak dara pakat dok berangan jumpa pakwe cam ariana rose ni kan..
jangan arap yee....benda ni semua tak ada melainkan kau ada tangkal ajaib..
atau pon ayat ko power gila boleh buat lelaki cair bila kau buka mulut..

tapi celah mana nak jumpa mamat kaya cam tenku adam ni..
depa ni bukan ada kat kaki lima, atau makan nasi bungkus tepi jln.
n kau ada modal ke nak masuk makan kat hotel 5 star semata2 nak ngorat tengku adam ni.
atau cadangan aku
  boleh jugak kau apply kerja jadi org gaji rumah tengku2 or datuk2 ni..
jika nasib baik kau boleh goda anak dia..
tu pun jika kau ada pakej cam kim kudasiam  tu.
kalu setakap tinggi 4'9" berat 50kg.. kirim salam.. mimpi la kau sampai ke tua.

dan kebanyakkan orang kaya ni adalah sikap dia sedikit berlagak.
tapi depa tak panggil berlagak okeh. cuma berkeyakinan tinggi ja..

cerita ni mengingatkan  aku dengan jimmy dulu.
aku rasa entry dulu ada dah aku cerita pasal jimmy sikit2.
tak pa sempena cerita ariana rose ni aku nak imbas balik kenangan lama.

don't worry c.li tak marah walau dia tak dan kenal jimmy sbb masa tu dia dah blah p pulapol.
aku taip ni c.li  ada sebelah dok tolong2 garu kelemumur kat kepala aku.
nahhhh gituuuu.. binik dok cerita pasal bopren lama, laki dok garu kepala.
kau ada?...

family jimmy   tak la sekaya tengku adam kamil korang tu,
cuma lebih kaya le dr family aku..rumah banglo 2 tingkat kira hebat la bg aku.
mak bapak dia cikgu dan ada busines kedai komputer kat kb.
bila ingat balik mmg sedih la sbb makpak jimmy bukan mcm mak pak tengku adam kamil ..
mak pak jimmy sombong dan berlagak. walau sorang cikgu dan sorang lagi ustazah.

masa ni aku tingkatan 6 atas, n jimmy dah masuk matrikulasi.
nak keluar dating biasanya ari aku nak balik asrama.
dr rumah aku jln kaki je pergi jln besar yg ada la dlm 5 km..
bawak beg berat berpeluh ketiak.. sampai kat jln besar baru tunggu jimmy mai amik dgn kancil dia.
masa ni mak dia dah bagi kancil bila dia dpt masuk matrik.n dia satu2nya anak lelaki.

sbb dia mai ambil jauh dr rumah kerana aku tak mau kena pancung dgn family aku sbb keluar dgn jantan.
family aku mmg kampung punya kampung.
yg mana bila kau pakai seluar panjang tak kira track suit kau akan di cop murahan.
itu tahun 1998.  sekarang ni dah tak kisah sgt. lagi2 selepas tuk aku meninggal.

 kami bercinta dgn sembunyi2. tapi  jgn pikir kami melencong ke lain ye.
cuma dia kesian kat aku nak balik asrama kena naik bas.
masa dating kami antara perjalanan dr jln besar ke asrama sekolah aku. berapa km aku tak tahu
cukup la nak abiskan seringgit kerepok lekor. bawak kereta setakat 30/perjam.  pelan2..
dan satu sikap jimmy dia sgt bertanggungjawab. dia sgt protect aku. jika p camping dia bawak ubat nyamuk suruh letak kat khemah aku, belikan nasik atau burger.
macam duit, ada la 2 0r 3x dia bagi dan aku terpaksa ambil sbb adakalanya aku pergi asrama tak bawak duit.
tapi buat aku pikir sepuluh kali utk teruskan dgn jimmy sbb mak pak dia nilah..
jika aku call rumah dia.. depa angkat call tapi depa tak panggil jimmy.. depa biarkan mcm tu je..
dah le aku call dgn public phone. dgn duit yg terhad.
kadang2 minta kawan lelaki yg call dulu. bila dpt kat jimmy baru aku cakap..
punya la seksanya.. mmg rasa diri ni hina sgt..
bila nak p camping atau kena jaga budak camping..
jenuh cari baju yg baru2 sikit.. sebb semata2 nak tunjuk lawa kat jimmy.
seksa okeh.... bukan nak menunjuk atau apa.. tapi ada la sedikit segan asyik pakai baju sama.

last sekali aku jumpa balik dgn c.li kat kedah.. terus aku tinggalkan jimmy tanpa ucapan perpisahan..
menanau dia cari kawan aku ( kawan dia jugak )..

pjg sgt cerita ni. tapi bestkan imbas balik zaman muda2 dulu. esok2 bila k.long baca mesti dia pening .antara bila ni berlaku.
nanti next entry aku cerita detail. boleh anak2 tahu kisah cinta mak dia ni yg celaru.

sekian.
tapi cli sporting, balik kg mesti dia akan bawak lalu jln depan rumah jimmy.
nak bagi aku lepas rindu katanya.
 tak ada jeles2 ye. sbb kisah cinta c.li aku pon tau.hehehe.

















Thursday, February 13, 2014

rumah kena pecah..

tengah syok2 dok buat megi goreng tadi.
c.li mesej habaq rumah abg aku kat kg kena pecah.

"mama call, tanya apa cerita".. arah tuan besar.
" baik bos"... aku pon call la..
kesian .. byk jugak brg yg abis di sapu..
enjin peti ais kena angkut..
nak angkut peti ais besar sgt..dpt enjin pon jadi la..
enjin air pon kena jugak..
yg ni tak kata sbb ada kat luar rumah..
dan jugak pendawaian.. abis kena cabut..

actually rumah tu.. kat kg..
tapi abg ada kat sarawak... guru kat sana..
dah 15 tahun ada sana ..
mintak balik tak dpt2..
so dia buat dulu rumah..
tapi tulah.. kawasan rumah dia tu org tak ramai lagi..
jauh dr rumah org.. baru 3 ari lepas dia dok tunjuk grill baru pasang..
tup-tup ari ni dpt berita cam ni dah.. tak syok deh..

apa nak ajdi tak tau la.. biasa dok dgr cerita og ja.. la dpt kat family sendiri..
dpt org tu kat aku mmg aku suruh dia telan je enjin peti sejuk tu..
nyusah kan idup org ja..
makan la hasil dr rezeki mencuri ko tu...
in sha allah kau bawak dosa tu sampai mati..

aku plak yg emo...
suara tuan rumah ok je... x dak rezeki dia kata..
maklumlah tuan rumah ustaz... so mmg dia lebih terkawal  emosinya..
apa2 pon ujian dr allah jugak ni.. nak uji hambanya..





Monday, February 10, 2014

bertaruh....ari ni aku rugi rm10.

lama dah tak buat keje ni. dulu selalu..
agak2 dok berteka teki tak dapat jawab.
terus bertaruh..
selalunya aku yg menang.

tadi masa p hantar nasik kat k.long..
ada sebijik waja lintas kami..
aku: eh, macam kereta siti... tak tegur pon"..( siti jiran satu taman )
c.li : orang lain lah..
aku : betulll.. waja laki dia tu..
c.li : bukan.. plat kereta dia lain..
aku tak percaya.. so dgn keyakinan tahap 1200 percent.

aku: tak pa, abah lintas dia.. kalu siti.. abah bagi mama lima ringgit. kalu bukan mama bagi abah sepuluh ringgit.

apa lagi dgr je nak dpt sepuluh.. terus pecut nak ligan waja tu..
dapat2 tang simpang tiga.
waja ke kanan... aku kena belok ke kiri..
kat sebelah sempit ja... tapi c.li celah gakk..
punya la nak tengok muka sapa yg bawak waja tu...

c.li : hahahahhahahha... bak mai..bak maii... sepuluh...sepuluh...

aku kalah la  ari ni... bukan siti org lain...
aduiii... pelan2 buka beg duit kasi sepuluh hinggit...melayan duit aku tak pasal..
cinabeng sungguh... kawan seronok kan main amik duit masuk poket..
minta hutang tak mau... nak bagi hadiah lain pon tak mau..

c.li : buat masa ni, hadiah duit lagi penting..
 hahahahhahah sambil gelak jahat..esok nak keluar outstation mau tak nak guna duit..

la ku dok pk nak bertaruh apa ye... nak amik balik duit aku tu..
byk oiii.. sepuluh hinggit tu... lepas makan hari ni..



c.li dah pening.

sebelum tu nak cerita perangai bapak orang ni.
pening sebab kena kerja sampai ke subuh..
"betul,,, raja perlis punya function memang rapat subuh".
c.li kalu kena kerja funtion raja perlis memang mengeluh ah...
lepas function ahad malam tu, 
pagi-pagi hari isnin dah terpacak depa rumah. 
dan la antar k.long p sekolah.
balik beli nasik lemak tuk b.fast.
so isnin mmg dia rehat.
dan katanya 12hb kena p pinang  pulak..
aku ni dah malas nak belek kalendar apa.
cukup habaq nak p bila n balik bila..

semalam dia dok kemas 2 baju, 
aku layan fb n jalan-jalan kat blog kawan2 lepas tu lena,..
pagi ni dia kejut subuh n tgk kawan dah siap2 pakai lawa2..
binik: "eh kata lusa.."
lakik : ari ni la 12hb.

malas aku nak tanya byk..salam2 
 dia hantar k.long p sekolah.
pukul 8.00 aku keluar rumah.
bila pikir c.li tak ada terus guna mangga .
mangga ni c.li tak ada anak kunci dia..
so jika dia ada di rumah. aku hanya kunci pintu dan grill saje.
bila dia tak ada baru aku guna mangga.
buat keje sikit.. dalam pukul 11.00 baru tgk ada mesej.

'mama, abah tak jadi p lagi hari ni.. esok baru bertolak..tapi tak blh masuk rumah mangga"..

huhuhuhuhuhu... padan muka... binik kata lusa tak mau dgr... kahkahkahkah...
berjanggut la tunggu aku kat rumah tu..
pukul satu baru aku balik.
tengok dia dok jadi jaga taman.
beg dah ada dlm pagar rumah.. 
dia nak masuk tak dapat.
geli hati betul... sekali sekala tgk org dlm kemarahan...
tapi aku tunjuk la muka cam bersalah... hehehheh..




Friday, February 7, 2014

muhasabah diri..

dua minggu lepas ada satu musibat menimpa diri ku..
nak cerita dari A to Z rasa cam panjang sgt..
tapi memang penuh musibatun  betul la..
dalam penuh sendu kau mai datang rumah aku..
cerita masalah kau laki bini..
sampai aku rasa mmg kesian sungguh..
rupanya2 nasihat aku bg makan diri ku balik..

haishhh la.. manusia..manusia..

the part of my life dah zero ...
nak keluar rumah pun dah rasa malas.. 
tapi yg buat angkara tu masih elok bebas lepas menghirup udara segar..
aku yg terfitnah ni.. berkurung dlm rumah...

boleh aku yg cantik bab puteri hang li po ni di jadikan kambing hitam
 kau laki bini..

malas nak cerita panjang2...
bab kata gp, dia nak jadi kerang ari tu...
eh, tiba2 aku boleh rasa mmg aku nak jadi blender lah..
boleh aku kisar2 kau sampai lumat..
lepas tu bagi ikan puyu belakang rumah aku makan...