Thursday, February 13, 2014

rumah kena pecah..

tengah syok2 dok buat megi goreng tadi.
c.li mesej habaq rumah abg aku kat kg kena pecah.

"mama call, tanya apa cerita".. arah tuan besar.
" baik bos"... aku pon call la..
kesian .. byk jugak brg yg abis di sapu..
enjin peti ais kena angkut..
nak angkut peti ais besar sgt..dpt enjin pon jadi la..
enjin air pon kena jugak..
yg ni tak kata sbb ada kat luar rumah..
dan jugak pendawaian.. abis kena cabut..

actually rumah tu.. kat kg..
tapi abg ada kat sarawak... guru kat sana..
dah 15 tahun ada sana ..
mintak balik tak dpt2..
so dia buat dulu rumah..
tapi tulah.. kawasan rumah dia tu org tak ramai lagi..
jauh dr rumah org.. baru 3 ari lepas dia dok tunjuk grill baru pasang..
tup-tup ari ni dpt berita cam ni dah.. tak syok deh..

apa nak ajdi tak tau la.. biasa dok dgr cerita og ja.. la dpt kat family sendiri..
dpt org tu kat aku mmg aku suruh dia telan je enjin peti sejuk tu..
nyusah kan idup org ja..
makan la hasil dr rezeki mencuri ko tu...
in sha allah kau bawak dosa tu sampai mati..

aku plak yg emo...
suara tuan rumah ok je... x dak rezeki dia kata..
maklumlah tuan rumah ustaz... so mmg dia lebih terkawal  emosinya..
apa2 pon ujian dr allah jugak ni.. nak uji hambanya..





Monday, February 10, 2014

bertaruh....ari ni aku rugi rm10.

lama dah tak buat keje ni. dulu selalu..
agak2 dok berteka teki tak dapat jawab.
terus bertaruh..
selalunya aku yg menang.

tadi masa p hantar nasik kat k.long..
ada sebijik waja lintas kami..
aku: eh, macam kereta siti... tak tegur pon"..( siti jiran satu taman )
c.li : orang lain lah..
aku : betulll.. waja laki dia tu..
c.li : bukan.. plat kereta dia lain..
aku tak percaya.. so dgn keyakinan tahap 1200 percent.

aku: tak pa, abah lintas dia.. kalu siti.. abah bagi mama lima ringgit. kalu bukan mama bagi abah sepuluh ringgit.

apa lagi dgr je nak dpt sepuluh.. terus pecut nak ligan waja tu..
dapat2 tang simpang tiga.
waja ke kanan... aku kena belok ke kiri..
kat sebelah sempit ja... tapi c.li celah gakk..
punya la nak tengok muka sapa yg bawak waja tu...

c.li : hahahahhahahha... bak mai..bak maii... sepuluh...sepuluh...

aku kalah la  ari ni... bukan siti org lain...
aduiii... pelan2 buka beg duit kasi sepuluh hinggit...melayan duit aku tak pasal..
cinabeng sungguh... kawan seronok kan main amik duit masuk poket..
minta hutang tak mau... nak bagi hadiah lain pon tak mau..

c.li : buat masa ni, hadiah duit lagi penting..
 hahahahhahah sambil gelak jahat..esok nak keluar outstation mau tak nak guna duit..

la ku dok pk nak bertaruh apa ye... nak amik balik duit aku tu..
byk oiii.. sepuluh hinggit tu... lepas makan hari ni..



c.li dah pening.

sebelum tu nak cerita perangai bapak orang ni.
pening sebab kena kerja sampai ke subuh..
"betul,,, raja perlis punya function memang rapat subuh".
c.li kalu kena kerja funtion raja perlis memang mengeluh ah...
lepas function ahad malam tu, 
pagi-pagi hari isnin dah terpacak depa rumah. 
dan la antar k.long p sekolah.
balik beli nasik lemak tuk b.fast.
so isnin mmg dia rehat.
dan katanya 12hb kena p pinang  pulak..
aku ni dah malas nak belek kalendar apa.
cukup habaq nak p bila n balik bila..

semalam dia dok kemas 2 baju, 
aku layan fb n jalan-jalan kat blog kawan2 lepas tu lena,..
pagi ni dia kejut subuh n tgk kawan dah siap2 pakai lawa2..
binik: "eh kata lusa.."
lakik : ari ni la 12hb.

malas aku nak tanya byk..salam2 
 dia hantar k.long p sekolah.
pukul 8.00 aku keluar rumah.
bila pikir c.li tak ada terus guna mangga .
mangga ni c.li tak ada anak kunci dia..
so jika dia ada di rumah. aku hanya kunci pintu dan grill saje.
bila dia tak ada baru aku guna mangga.
buat keje sikit.. dalam pukul 11.00 baru tgk ada mesej.

'mama, abah tak jadi p lagi hari ni.. esok baru bertolak..tapi tak blh masuk rumah mangga"..

huhuhuhuhuhu... padan muka... binik kata lusa tak mau dgr... kahkahkahkah...
berjanggut la tunggu aku kat rumah tu..
pukul satu baru aku balik.
tengok dia dok jadi jaga taman.
beg dah ada dlm pagar rumah.. 
dia nak masuk tak dapat.
geli hati betul... sekali sekala tgk org dlm kemarahan...
tapi aku tunjuk la muka cam bersalah... hehehheh..




Friday, February 7, 2014

muhasabah diri..

dua minggu lepas ada satu musibat menimpa diri ku..
nak cerita dari A to Z rasa cam panjang sgt..
tapi memang penuh musibatun  betul la..
dalam penuh sendu kau mai datang rumah aku..
cerita masalah kau laki bini..
sampai aku rasa mmg kesian sungguh..
rupanya2 nasihat aku bg makan diri ku balik..

haishhh la.. manusia..manusia..

the part of my life dah zero ...
nak keluar rumah pun dah rasa malas.. 
tapi yg buat angkara tu masih elok bebas lepas menghirup udara segar..
aku yg terfitnah ni.. berkurung dlm rumah...

boleh aku yg cantik bab puteri hang li po ni di jadikan kambing hitam
 kau laki bini..

malas nak cerita panjang2...
bab kata gp, dia nak jadi kerang ari tu...
eh, tiba2 aku boleh rasa mmg aku nak jadi blender lah..
boleh aku kisar2 kau sampai lumat..
lepas tu bagi ikan puyu belakang rumah aku makan...