bulan, bintang, matahari..3 dara yang sudah pandai berbicara dan meminta-minta..
Saturday, August 23, 2014
sebak didada..
22.8.14
sebak sungguh kelmarin noh?...
mesti semua org tengok kepulangan jenazah MH17.
tahan je tangisan..
tengok sekali dgn anak2.
jadi air mata kena control sikit..
tak larat nak bersoal jawab..
n then buka fb plak..
ada pos gambar anak co.pilot yg umur lebih kurang setahun.
solat jenazah arwah bapanya...sambil didukung oleh kawan bapanya..
mmg laju lee air mata cik.dah ni ,
yg ni tak pa anak2 tak lihat..
kita yg melihat... dah sebak dan sedih..
apalagi kaum keluarganya...


Friday, July 11, 2014
cerita tentang si bintang
aku kan setakap hari ni belum berjaya lagi letak mia tido sebilik dgn k.long
awal-awal dia ok..
bila suruh masuk tido.. berderet 3 orang tu masuk satu bilik.
k.long berjaya sampai pagi..of coz dia kena berjaya dah darjah dua kan..
bulan pon ok jugak..
kadang-kadang je bila dia bangkit nak kencing baru dia masuk bilik kami..
tapi yg belum berjaya lagi mia nii..
pukul dua tiga pagi mesti dia bangkit sambil menangis mai ketuk pintu bilik..
bila tanya pasal apa..
alasan dia selain sakit perut adalah mimpi..
selalunya mimpi dia sangat ngeri..
abah : babyyy mimpi apa?..
bintang: " tak tau laaa... abby rasa mcm mimpi main dgn azuan..lari2 pah tu jatuh.."
oohhh..ngeri lah sangat mimpi kamu tu..
jika tanya mlm esok pon jalan cerita mimpi tu sama..
tapi tang nama je berubah..
tapi nama tu kawan2 tadika kemas dia je..
tapi mlm rabu tu aku tidokan bulan n mia dlm bilik depa..
alih 2 tertido sekali dgn aku.
bangkit sahur tgk c.li tido kat bawah.
aku 4 beranak tido atas katil..
elok plak si mia ni tido.. tak plak dia bangkit menangis pukul 3 pg.
ni dah kira berita gempak la bagi aku dgn cli..
siap buat andaian-andaian bagai....
semlm tengah lipat kain aku dengar cli tanya mia
si bapak: by, semalam mimpi tak?
bintang: takkkk...
si bapak : pasal apa semlm tak mimpi...
bintang: sebab semalam baby baca doa tido..
bismikallahumma ahya wa amutu. Ertinya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.
( dia baca sampai abis sekali dgn maksud )
si bapak: abis tu yg baby mimpi nangis tiap-tiap mlm tu tak baca laa..
bintang : baca tapi sebab baby lupa baca bismillah.. baby baca bismikallah terus.. tu yg baby mimpi tu..
si bapak : oooo... ( puas ati dgn jawapan anak..)
aku dah gelak dah..
tapi dah dua mlm dia tak bangkit nangis..
tak mimpi ngeri2...
sebabnya dah dua mlm kami tido bilik depa,..
nak jimat letrik wooo...
gila mai bill rm 645.00 utk dua bulan..
nampak gayanya tak merasa la duit raye yg pm najib nak bagi ni
anak mama n abah yg manja kedek-kedek..
umur 6 tahun masih nak tido bawak ketiak abah..
selalu kena marah dgn bulan..
selalu kena lempang dgn bulan..
dan anak mama yg punyai gigi bawah yg senget..
mama sayang baby.. jgn lenja-lenja sgt tau..
pray for gaza
assalamualaikum
di saat kita menjamah juadah berbuka puasa..
ingatlah ada saudara kita sedang kelaparan dan ketakutan nun di bumi
bertuah palestin..
kita rasa kesian dan simpati..
tetapi tahukah kita sebenarnya berderet-deret pahala menati mereka..
setiap kesakitan mereka..
setiap penderitaan mereka
setitis darah mereka
itu semua adalah pahala..
yg akan datang kepada mereka bila dihisap disana nanti.
kita tidak perlu kesana..
mereka jugak tidak mahu kita ke sana
yang mereka pinta
secebis doa untuk mereka
doa supaya mereka kuat berhadapan dengan rejim israel yg zalim..
doa supaya mereka dapat pertahankan bumi palestin.
bukan utk mereka
tapi utk umat islam seluruh dunia..
untuk maruah islam sebenar-benarnya..
Ya ALLAH..
KAU PELIHARALAH ORANG-ORANG PALESTIN DARI KEZALIMAN REJIM ISRAEL..
BERILAH MEREKA KEKUATAN..BERIKAN LAH MEREKA KEKUATAN..
AMIN...
Subscribe to:
Posts (Atom)


