salam...
Selamat hari ibu untuk suma ibu2 diluar sana dan utk diri sendiri...diam tak diam sudah 5 tahun aku bergelar "mama". Satu tittle yg berat utk dipikul sebenarnya....berat dgn tanggungjawab..
dan sebenarnya sudah 10 thn ( 20/4/2001) aku bergelar seorg isteri utk suami tercinta... satu angka yg boleh dikatakan agak lama jugak... spjg perkahwinan itu byk perkara yg mengguris hati,,, yg merobek perasaaan.... apatah lagi semasa aku memegang status itu aku masih bergelar pelajar.
dan pengalaman pahit ku yg paling ku ingat apabila sepanjang 6 tahun perkahwinan itu aku belum lagi menampakkan ciri2 utk menjadi sorg ibu... itu saat yg menyedihkan... aku menelan semua hinaan mengatakan aku mandul.... dan aku juga dikatakan akan diceraikan kerana aku tak mampu melalahirkan zuriat... aku terima semua itu dgn senyuman... tapi hati ku menjerit tak siapa yg tahu....kata-kata itu umpama buluh runcing yg amat berbisa....
aku sentiasa berdoa semoga aku di kurniakan anak, aku teringin utuk melihat bagaimana rupa zuriatku.... ingin mendengar tangisannya, ingin menyentuh tubuhnya... dan ingin merasai tendangan kakinya didlm perutku.. satu nikmat yg tuhan berikan kepaa seorg Ibu yg tiada pada bapa. Ingin sekali aku merasai semua itu........
Tiba2 datang keharuman cahaya dlm hidup ku.... betul-betul satu cahaya yg membuatkan aku menangis bila ku dpt bahasakan diriku sebagai "mama"... perasaan itu sukar ku kongsikan dgn sesiapa walalupun suamiku sdr... hanya ALLAH S.W.T. yg tahu...
ku dgr tangisannya yg halus, kubelai tubuhnya yg kecil... ku dgr degupan jantungnya yg kencang...ku bersyukur,,,tapi ku tak merasai lagi nikmat yg itu..nikmat bayi ku dlm diriku.... tapi ku redha jika mmg itu takdirku.... kerana keharuman cahaya ini sudah memenuhi seluruh ruang rumah ku...ruang hati ku....membawa kegembiraan buat ku dan suamiku....
Kerana keharuman cahaya itu telah memenuhi seluruh ruang ku...ia menjadi bunga keberkatan yg tak ku duga kehadirannya.....Ya ALLAH ku bersyukur atas rezeki ini... yg ku tunggu bertahun2 lamanya....yg menghapuskan segala sidiran dan hinaan...yg mengembalikan fungsi ku sebagai seorg wanita..... aku menangis...suami ku menangis... betapa murahnya airmata kami diatas pemberian ini....akhirnya inilah bunga cinta kami...berkat kehadiran haruman cahaya....
didlm melayan karenah puteri2 tercinta, dlm tangisan manja puteri2 kami.... kehadiran kecerdikan dan kecerdasan di sambut riang oleh haruman cahaya dan bunga keberkatan.... moga ketiga-tiga mereka menjadi puteri2 yg hebat didunia dan akhirat kelak... Insya' ALLAH akan ku dididik mereka sedaya yg boleh....kini hati ku penuh dgn cahaya keberkatan dan ku ingin hidup penuh kecergasan supaya dpt ku melayan karenah mereka...rahsia hati tak siapa yg tahu melainkan Penciptanya....
dan utk hari ibu ini ku amat bersimpati dgn nasib sorg ibu yg kehilangan ketiga2 anaknya akibat lemas dihutan lipur... dan juga betapa bertuahnya si suami kerana isterinya sanggup berkorban nyawa utk menyelamatkan ketiga2 anaknya....Al- Fatihah utk mereka yg sudah pergi...moga di tempatkan dikalangan org2 yg beriman... Amin.
No comments:
Post a Comment