assalamulaikum....
ptg yg ujan..n sejuk...
suasana ari neh cam ati ku yg pilu..
pilu kerana nik syaza nur..
bukan dia degil..
bukan dia membuat ati ku terluka..
tapi
ari ni aku dikhabarkan tentang kematian ayahnya..
ya...ayah kandungnya..
n bukan c.li itu ayah tirinya....
amat berat..
amat tertekan..
untuk ku ceritakan..
untuk ku khabarkan padanya..
haruskah aku berkata begini,
" k.long ayah k.long dah x ada,,,"
adakah dia faham,
sedangkan dia hanya kenal abah...
hanya kenal mama....
hanya kenal baby, hanya kenal bulan..
tidak tahu siapa ayah..
tidak tahu siapa emak.
walau emaknya sering kali bertemu..
dan sebenarnya bukan ingin sangat untuk bercerita..
buat menambah derita...
tapi harus ku beritahu juga
walau payah
walau pahit
ari ni baru ku tahu secara rasminya
syaza sudah anak yatim..
betapa berat untuk ku terima..
macamana ku ingin beritahunya
kerana dia sendiri belum tahu statusnya itu..
aku terkilan..
kerana ati ini amat sangat..
ingin membawa syaza berjumpa ayahnya..
ingin sgt menunjukkan wajah ayahnya walau sekali cuma...
ingin sangat memahat di memori hatinya
bagaimana rupa ayah..
walaupun ayahnya tidak pernah mencari dia..
tapi kuasa Yang Esa lebih mengatasi segalanya..
maafkan mama k.long...
k.long yang manis..
bila baca ini nanti..jgn salahkan mama..
kerana tidak bercerita dari awal..
bukan mama sengaja..
tapi
mama terleka..
kerana k.long anak mama..
k.long sama dengan baby..
k.long sama dengan bulan..
bukan mama ingin rahsia..
cuma susah untuk mama nyatakan..
dan mama tidak akan nyatakan secara bersemuka..
biarlah k.long baca ini..
atau
biar c.su yg cerita..
boleh juga abg iman yg cerita..
atau sesiapa jua..
tapi mama tidak sanggup utk ceritakan..
k.long yg manis..
bila pandai baca apa yg mama coretkan ini nanti..
mama ingin k.long tahu...
k.long anak sulung mama..dunia dan akhirat...
No comments:
Post a Comment