Thursday, September 20, 2012

kenangan itu...



assalamulaikum....

sapa budak encem kat atas neh...
encem x ?..
besar nanti cam ada gaya ramai aweqs...

ni anak sedara aku, 
anak abg yg no2.
n ini satu-satunya anak lelaki dia.. 
lagi 4 org ppuan, 
ini anak kesayangan ibu dan bapa,,
adik kesayangan kakak,
abang kesayangan adik perempuannya,

n dia juga anak sedara kesayangan aku,
juga jadi anak sedara mainan c.li
c.li suka main gusti2 nga dia,
masa tu kami belum ada anak lagi..
main lawan- lawan sampai berguling2..
biasanya c.li bagi dia menang..

dan aku bertambah akrab dengannya 
kerana dia selalu bertandang ke kedah
sisulung dpt belajar asrama di kedah
jadi keluarganya selalu datang dan menginap di rumah aku,

/

 /

 /

 /

 /


/

/

/

/


/

 /
 tapi
kini dia dah tiada
yang ada hanya kenangan manis sahaja,
dia meninggal bukan sakit, tapi kemalangan,
bukan kemalangan jalanraya, tapi lemas,
lemas didalam parit yg baru di gali.
hanya di belakang rumahnya sahaja.
x sampai pun 3 depa..

saat dia sedang bertarung nyawa di wad, aku sangat terkilan 
kerana tidak sempat pulang melawatnya..
aku bagi c.su bawa balik sisulung dahulu kekg,
n aku akan menyusul keesokkan harinya
bersama2 c.li yang ketika itu keluar outstation.
tapi memang x ada rezeki aku nak lihat wajahnya 
kali terakhir..
dia telah meragut kegembiraan semua orang,
telah melenyapkan  senyuman abah,
dia amat mesra nga abah, 
kerana maknya kerja syiff,
abah yg banyak meluangkan masa bersama2nya

saat2 akhir hidupnya..
dia banyak tinggalkan kenangan
buat semua orang gila teringatkannya
tika itu dia disekolah, bila waktu pulang abah masih lagi menunggunya,
bukan dia ada tuisyen. atau pulang lewat,
tapi dia asyik dok main nga kawan, 
asyik meronda sekolah,
seolah2 dia tahu dia x akan kembali lagi,

saat akhir hidupnya,
dia ada coretkan di buku latihannya,
"ini keluarga saya,
saya sayang keluarga saya,"
kakaknya yg beritahu..

abahnya dah separuh gila ,
sampai nak jual rumah yang mereka tinggal
selepas kematian dia
abahnya tetap tekun menyudahkan ikatan lastik dia 
yang terputus,,
 yang dia minta sebelum kejadian itu,
abahnya dimana2 nampak kelibat anak dia berlari2..
itu abahnya, emak dia lagi la..
itu siteruna pujaan hati maknya..
dari kelantan ke kedah rela diriba sibujangnya itu
dan sibongsu di belakang bersama2 kakak.



dan  
ada kenangan yang x dapat aku lupakan pasal dia
kenangan dia mengenakan aku balik.
masa tu aku pergi bertandang rumah dia
n kubawa  aiskrim yang berada dalam bekas plastik,
n secara tiba2 aku mengejek mana gigi dia,
gigi x ada, gigi x ada, g mana.
dan dia menjawab sebab akulah gigi dia tak ada
sebab beli aiskrim yang manis gigi dia jadi rosak
semua gelakkan aku..
indahnya masa itu..
dan sampai sekarang aku sudah tak beli laiskrim yang berada di dalam bekas
tambah2 bekas yang bewarna putih

dan lagi kenangan bersama sidia
masa hari pendaftaran sekolah sisulung
masing kalut kehulur kehilir
dia pun sama naik mengekor mak dia..
tiba2 dia terberak dalam seluar
n hasilnya menjejeh turun ikut kaki seluar...
masa tu memang malu
tapi selebihnya kami bantai gelak..
gelak sampai keluar airmata
indahnya masa itu..

dan
5 tahun telah berlalu 
( mei 2008 dan sempena hari guru)

kini ku lihat 
keluarga abang ku nampak sudah sembuh dari kelukaan itu..
walau sidia itu tetap dihati
hidup harus ditempuhi jua..
ada lagi 4 si dara sunti yang harus di beri perhatian..
dan sidia tetap menjadi hero bagi abah, emak kakak dan adiknya.


biarlah dia tenang disana.
kerana kita tahu dia memang kosong dari dosa
syurga lah tempat dia
memang tuhan sangat sayangkan dia
sehingga ALLAH  memberi sekejap sahaja kepunyaanNYA itu
untuk menghiburkan kita semua...

AHMAD AFFANDI 
hero yang tetap encem selama2nya...



































No comments:

Post a Comment