Thursday, May 8, 2014

selamat hari ibu..mek

 Ya ALLAH..
rindunya kat kg halaman tak terucap..
rindu kat mak pak tak mampu nak berkata-kata..
jika aku sorang diri dah lama aku kerabat tangga bas..
ikut pada janji sang suami..
lepas seminggu, seminggu..
pulangnya belum lagi..
sekarang ni function byk benar buat pada hari minggu..
aku tak salah kan dia jugak..
dia hanya kuli2 biasa..

sembang dalam telefon tidak menjanjikan kepuasan.
teringat pada mak yang sekarang selalu sgt deman.
rindu jugak nak dengar dia bercerita ( membebel )

walau mak aku orang kg, buta huruf tak tau membaca.
tapi mak aku yg menjadi kan aku seperti hari ni.
kalau ikut kan pak memang aku tak akan panjat tangga uum.
kalu tak kerana  tangan mak aku menanam sayuran menjual ke peraih
mungkin aku tak mampu nak ambil periksa spm.
pak aku mmg ye..
tapi sepertinya dia hanya watak sampingan sahaja.
kecuali kuasanya menjadi wali ku..
yang lain semua mak aku yg lebih.
dan aku jugak rasa dan pasti.. keringat mak aku yg banyak jatuh kebumi
dalam menyara keluarga.

Ampunkan aku YA ALLAH jika aku salah dalam membuat penilaian ini.
tapi aku tahu kerana KAU yang membuka hati ku
untuk menilai betapa hebatnya ibu ku.

mak aku tak ada buku utk dia jadikan rujukan dlm mendidk anak2.
dia tidak jugak dapat mewarisi ilmu dari ibunya kerana ibunya meninggal semasa dia umur8 or 9 tahun lagi.
dia idup dgn bawak diri tinggal bersama emak2 saudara dia yg lain.

hanya pengalaman dia dan kesusahan dia yg menjadi gurunya.
hidup bersama keluarga pak aku jugak tidak menjanjikan kegembiraan  buatnya.
dimasa remaja ku , selalu aku lihat airmatanya.
umpat keji, tohmahan caci depan2 adalah mainan hidupnya.
tapi dia tidak marah, jauh sekali utk memaki hamun balik.
tapi aku tahu, dia simpan didalam hatinya.
kerana diusia ini, hati tuanya masih lagi kukuh mengingati setiap kelakuan manusia2 itu.
dia akan bercerita tentang layanan buruk itu setiap masa.
selau mengupdate supaya aku tidak lupa tentang sengsaranya.
dan kini aku sangat rindukan cerita-cerita itu..
aku ingin dia bercerita sampai dia penat..


selamat hari ibu mek..

2 comments:

  1. selamat hari ibu aida!!
    sedih nya baca entri awak..T__T
    kan..mak bapak sy pn buta huruf..
    tp sy di didik dan di asuh menjadi apa yg sy jd skrg ni
    bapa sy dlu pn gaji xbsr..mak sy rajin buat kuih ..
    tmbh income bsr kn anak2..
    sedih nya bila igt..
    tp dlm setandang pisang..tak semua pisang2 tu masak dgn ranum
    pasti ada yang tak elok..
    kesian org tua kita
    selagi masi ada ni la
    kita berbakti klu dah tak da
    duit byk pn x guna

    aida balik la kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih qaseeh.. n selamat hari ibu jugak utk qaseeh.. selamat menjadi ibu utk anak2 terchenta yee...
      hajat hati cuti sekolah awal bulan 6 mmg akan balik kg.. minta izin dgn en. suami 2 minggu... yes boleh lepas rindu2an... hehehe...sgt2 tak sabar...

      Delete